Popular Posts

Sunday, 1 January 2012

Apa Itu Musibahh??

Apa itu Musibah?
Musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kemiskinan, ketakutan, kesedihan, bencana dan lain-lain.
Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah SWT. Allah SWT hendak menilai sejauh mana keimanan diri kita walaupun hakikatnya Allah maha mengetahui segalanya.
“Manusia yang paling kuat diuji adalah para Rasul kemudian yang mengikutinya, kemudian yang mengikutinya sesuai dengan tahap iman masing-masing” (Riwayat Ahmad)
Apabila diuji barulah diketahui apakah hati kita telah yakin (beriman) atau masih ragu-ragu.
“Apakah manusia meyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?” (Surah al-Ankabut 29:2)
Orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sama ada pada dirinya mahupun alam ini sebagai sesuatu yang positif. Semuanya Allah jadikan untuk mendidik hambaNya sekaligus menyelamatkan mereka daripada api neraka.
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Surah al-Rum 30:41)

No comments:

Post a Comment