Popular Posts

Monday, 2 January 2012

[CERPEN] Masih Ada Sinar~


Terpaku aku seketika kearah album lama di dalam bilik. Aku membelek kembali satu per satu gambar lamaku. Gambar kenangan aku dan rakan-rakan dahulu. Sekeping gambar tiba-tiba jatuh keribaku. Kembali terusik kenangan dulu.
“Alia, kitaorang nak turun ke kafe, nak ikut” Tanya Niza, rakan sebilikku.
“Aku keluar dengan Fahmi kejap lagi” jawabku sambil laju menaip ‘sms’ kepada Fahmi
“Erm.. Ok, jangan sampai tak nak makan sudah” Niza semacam dapat mengagak yang Fahmi akan memungkiri janjinya lagi.
Ya, bukan sekali, bukan dua kali Fahmi memungkiri janjinya terhadapku. Tetapi aku masih setia dengan Fahmi. Semua rakan-rakanku menganggap aku terlalu bodoh kerana mengikut kata Fahmi. Aku sanggup memonteng kelas kerana Fahmi, aku sanggup mengeluarkan wang simpananku demi Fahmi.
“Hello Alia, saya ada hal malam ni. Awak makan dengan kawan ye” Fahmi menelefonku.
“Oh, esok tengah hari kita ‘lunch’ boleh”
“Erm, tengok la dulu kalau tak ada hal” Jawab Fahmi acuh tak acuh
Begitulah Fahmi, jika terdesak baru akan mencari aku. Tetapi aku pun tidak tahu kenapa begitu bodoh diriku sentiasa mengikut kata-katanya. Aku sayang hubungan kami yang hampir 3 tahun terbina. Kami berkenalan di pusat tuisyen. Fahmi ke pusat tuisyen atas arahan orang tuanya, di situ lah hubungan kami terjalin.
Selepas keluar keputusan SPM, Alhamdulillah, keputusan aku layak untuk aku membuat persediaan ke luar Negara, tapi malangnya Fahmi terkandas. Fahmi bekerja sebagai mekanik di bengkel. Ramai yang menghalang hubungan kami. Bukan aku tidak tahu dibelakangku Fahmi ada ramai kawan perempuan lain, tetapi hatiku tetap dengan Fahmi.
Keesokan harinya, aku dan rakan-rakan keluar ke kedai buku untuk mencari buku rujukan. Aku dan Niza mengambil keputusan untuk menjamu selera di medan selera yang berdekatan.
“Alia, itu macam Fahmi ja” Tunjuk Niza kearah meja hujung sekali
“Erm.. kawan dia kot” ujar aku acuh tak acuh.
Aku masih mengambil sikap percaya 100% kepada Fahmi. Sudah hampir 3 bulan kami tidak bersua, aku menangis dan masih tidak boleh menerima hakikat Fahmi sudah berubah. Peperiksaan akhir berjalan, aku tabah menjawab peperiksaan dengan hati yang luka. Tapi Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki aku berjaya dalam peperiksaan dan akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Niza, malam ni kau ada usrah? Aku nak ikut” soalku kepada Alia. Malu sebenarnya untuk aku mengikut Niza ke usrah. Acap kali Niza mengajakku, tetapi hidupku duniaku hanya untuk Fahmi. Niza yang rajin membawa pulang artikel-artikel islamik kepadaku tetapi aku hanya memandang ringan.
“Alhamdulillah, boleh Alia malam ni kau ikut aku ya” Jawab Niza tersenyum memandangku
“Tapi, aku segan la, aku baru, tak pandai dan..aku tak pakai macam korang” ujarku perlahan
“Alia, tak perlu segan kalau nak menimba ilmu, percayalah diorang semua baik-baik belaka. Lagi ramai kan lagi bagus”
Pertama kali aku menjejak kaki ke usrah, ya satu perasaan lain yang aku rasa. Lain dari yang lain memang, semua dari mereka bertudung labuh. Aku? Sekadar berjeans, baju singkat dan tudung yang diselempang. Tetapi mereka tidak menjauhkan diri dariku, malah mereka sangat mengalu-alukan kedatanganku.
Kami membaca Al-Quran beramai-ramai, memahami maksud terjemahan dan mengupas sedikit isu-isu agama. Ya, banyak yang aku pelajari disini. Banyak sangat, betapa menyesalnya aku dengan kehidupan dahulu yang kurasa kosong. Satu ketika dahulu, aku pandang serong terhadap kaun wanita yang bertudung labuh, konon mereka tidak tahu berfesyen, aku pandang serong terhadap Niza yang selalu menegurku tentang solat, tentang hubungan dengan lelaki. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Bersyukur kerana Allah telah member hidayah kepadaku.
“Assalamualaikum Alia” pintu bilikku diketuk. Namplaknya panjang lamunanku tadi.
“Eh, ibu. Masuklah” senyumku kepada ibu.
“Sudah bersedia nak jadi isteri orang” usik ibuku.
“InsyaAllah ibu, dengan doa dan restu ibu juga”
“Alhamdulillah, ibu doakan yang terbaik untuk Alia”
Ustaz Badrul, seorang guru agama di sekolah ibuku, merangkap anak kepada kawan ibu. Aku menerima lamaran Ustaz Badrul. Sudah lama ibuku mengharap aku menerima ustaz Badrul, anak rakannya tetapi aku hanya endah tak endah. Tetapi sekarang aku mengharapkan sinar kebahagian datang kepadaku. Ya, untuk mencari seorang suami diibaratkan mencari seorang nahkoda kapal. Yang teguh imannya, yang bertanggungjawab, dan yang penting dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah. Aku berdoa semoga semua sifat yang aku harapkan ada pada bakal suamiku. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment